Friday, September 30, 2011

Hotel Yang Best di Kuching, Sarawak

Salam untuk semua blogger,

Entri kali ini aku nak berkongsi sedikit tentang hotel yang aku duduk waktu melawat Kuching, Sarawak. Pada mula nya sebelum aku pergi Kuching ada la search n google tentang hotel-hotel di Kuching. Dalam banyak2 hotel di Kuching tu, tiba-tiba terjumpa website www.360kuching.com atau 360 Urban Resort Hotel. Bunyi macam menarik jer, lepas tu tengok la gambar-gambar bilik, kemudahan yang disediakan n "newly refurbished" membuatkan aku terus tertarik untuk stay dekat hotel tu. Memandangkan aku yang uruskan semua hal, apa lagi keputusan di tangan aku. So, tak perlu la nak tanya orang-orang yang berkenaan. Heheh..so, 360 Hotel menjadi pilihan aku pada kali ini. Bila sampai di hotel ini, aku ingat cuma indah kabar dari rupa, tapi ianya omputih cakap beyond expectation. Berbaloi dengan harga yang dibayar!!! Aku duduk dekat tower A sebab tower A untuk bilik2 dan Tower B pulak untuk apartment.

Ini la Lobby, Tower A, 360 Urban Resort Hotel. Memang cantik!!!

Layanan mereka kepada pelanggan memang tip top!!!

Lift yang menjamin security!!!

Kalau bercerita tentang lift ini memang ada satu cerita lawak la yang aku rasa ..heheh..lawak nyer pasai aku n the geng tiba2 naik ke tingkat 15 padahal bilik kami dekat tingkat 7. Heheh..rupa2 nyer untuk menjamin security untuk keluar masuk di hotel ini memerlukan access card. Masa kami naik itu ada la sorang ni nak naik tingkat 15, kami pun buat bodo jer tekan tgkat 7 padahal tak menyala pun button tgkat 7 tu..heheh..tiba2 lift tak berenti dekat tingkat 7. Pastu amoi yang pegi tgkat 15 tu turun la. Then kami pun turun la ke lobby balik. Rupa-rupanya card untuk masuk bilik kami tu la access card untuk naik ke tingkat 7. Kena touch card dalam lift tu baru la lift tu ikut cakap kita...heheh..memang lawak..aku rasa minah yang turun tgkat 15 tu pecah perut gelakkan kami pastu.heheh..pengalaman..

Depan bilik kami

Punya la berteknologi hotel ini. Selalunya dekat hotel-hotel yang aku pergi kena gantung perkataan Don't Disturb tu, tapi kat sini touch jer dari dalam, so menyala la dekat luar warna merah dont disturb ni..heheh..

Ini la dia bilik aku n the geng, room type: Premier Twin
RM 167 per night

Toilet yang sangat bersih dan besar.

Shower yang transparent!!!heheh..

Kettle yang comel!!!

LCD Flat Screen tv


Buku panduan yang disediakan sebagai rujukan untuk para pelancong di setiap bilik.

Tempat-tempat menarik di Sarawak

Ok, tu jer la untuk kali ini, apapun hotel ini memang recommended place to stay!!!Kalau sapa2 nak try hotel ini try jgn tak try!!!memang best!!!

No comments: